Putrajaya dengan keluasan 4,931 hektar merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang dibangunkan berkonsepkan ‘Bandar dalam Taman’. Hampir 40% daripada keluasannya merupakan kawasan hijau meliputi komponen taman-taman awam, tasik dan wetland buatan sekaligus menjadikan bandar rekreasi popular negara.
Dilengkapi dengan kemudahan fasiliti dan infrastrukur berkelas pertama, Putrajaya juga merupakan hub penganjuran sukan peringkat antarabangsa khususnya acara sukan air terbuka seperti ski air, kayak, kenu selain sukan lasak dan ekuestrian. Dengan tersedianya infstruktur sisiran tasik, boulevard, jambatan ikonik dan jalan raya/ persiaran yang luas, Putrajaya juga menjadi pilihan kepada penganjur dan peserta acara sukan larian dan berbasikal.
Sebagai bandar rekreasi yang mesra basikal, sepanjang 300km laluan berbasikal telah disediakan meliputi 12 laluan yang telah dikenalpasti dengan 3 tahap kesusahan iaitu easy, moderate dan endurance.
Laluan basikal ini meliputi kawasan bangunan ikonik, taman-taman dan juga tempat tarikan menarik di Putrajaya. Pilih laluan dan enjoy the ride!
Get up to date on weekly cycling events in Putrajaya for our subscribers. You can unsubscribe at any time.